Jam menunjukkan 4am. Aku masih terjaga. Kepala pening kepala pusing.
Hari ini masuk puasa ke 9 hari ahad.
Pusingan 10 pertama puasa tahun ini sudah hampir tamat.
Rokok ditangan baru saja kuhabiskan Dan bersedia untuk tidur. Tapi masih banyak mahu aku ceritakan.
Esok belum pasti ada lagi selepas bangunku. Hari mendatang semakin kurang jelas aku gambarkan.
Aku merindukan kampung. Bila jauh, semuanya yang dulu dan disana bermain di kepala. Tiket balik belum terbeli. Aduh!
Esok bercadang mahu ke KL sentral kalau sempat untuk tempah tiket balik kalau sempat. Ada tiket man city tergantung untuk training esok.
Perut pulak berbunyi. Dari siang tadi meragam. Berak sudah berkali Kali. Tersalah makan apa aku sendiri tidak tahu. -.-"
Sahur hari ini dengan mcD. Terasa malas mahu bangun nanti, jadi aku persiapkan sahur dengan mcDelivery. Basuhan Baju masih berada dalam mesin. Esok pagi harap dapat bangun awal dan sidailah.
Hurm rasanya sudah boleh tidur sekarang sebelum mata lagi teruk meminta untuk berehat!
Selamat malam.
No comments:
Post a Comment